Proses Pemilihan Pelajar Pusat PERMATApintar Negara

Pusat PERMATApintar, UKM menjalankan empat proses pemilihan pelajar setiap tahun untuk dipilih ke Kolej PERMATApintar, UKM. Semua pelajar Malaysia berumur 9 hingga 15 tahun dibenarkan untuk memohon melalui ujian UKM1 dan UKM2. Dalam proses pemilihan, ada tiga ujian iaitu ujian UKM1, ujian UKM2, PPCS dan ujian UKM3 yang dijalankan semasa PPCS. Jika ingin memasuki Kolej PERMATApintar, pelajar tersebut mesti melulusi ujian UKM1, ujian UKM2, berjaya menyertai PPCS dan melulusi UKM3 semasa PPCS.

Ujian UKM1 dan UKM2

Ujian UKM1 adalah ujian pemilihan pertama untuk pelajar yang ingin menyertai program dibawah Pusat PERMATApintar Negara.[16][17] Pelajar-pelajar yang melulusi ujian UKM1 dibenarkan untuk mengambil ujian UKM2 yang diadakan di pusat-pusat UKM2 di seluruh negara.

Ujian UKM2 adalah ujian pemilihan kedua untuk menapis dan mencari pelajar yang boleh menyertai Program Perkemahan Cuti Sekolah (PPCS). Pelajar yang melulusi UKM2 kemudian akan dijemput untuk menyertai PPCS yang diadakan pada bulan Disember setiap tahun.

Program PCS dan Ujian UKM3

Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) adalah sebuah kem akademik yang diadakan pada musim panas, yang menawarkan 23 jenis kursus universiti tahun pertama yang diadakan untuk membangunkan minat pelajar-pelajar dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

PPCS diadakan dua kali setahun, pada bulan Jun dan Disember, sehingga 2016. Apabila cuti sekolah pertengahan tahun bertindih dengan bulan Ramadan, bulan berpuasa untuk agama Islam. Selepas itu, bermula daripada 2017, PPCS hanya dijalankan sekali setiap tahun, pada bulan Disember.

PPCS yang dijalankan pada bulan Disember berjalan selama tiga minggu, manakala PPCS yang dijalankan pada bulan Jun berjalan selama dua minggu. Peserta-peserta yang dimasukkan ke PPCS bulan Jun adalah pelajar yang melulusi UKM2 pada tahun sebelumnya. Tujuan PPCS diadakan ialah untuk mengenalpasti bakal calon untuk ditawarkan masuk ke Kolej PERMATApintar, UKM, pada tahun berikutnya.

Setiap peserta akan diberi kursus mengikut keputusan yang mereka mencapai semasa UKM2, mengikut bidang-bidang yang disoal semasa ujian tersebut. Setiap tahun, kursus yang akan diberikan kepada peserta akan berubah, tetapi antara kursus-kursus yang biasa diberikan adalah Penaakulan Matematik, Robotik, Etnomatematik, Astrofizik dan Teknologi Hijau.[18]

Ujian UKM3 adalah ujian pemilihan ketiga, yang juga dijalankan semasa PPCS. Hanya peserta-peserta yang lulus UKM3 akan diberi tawaran untuk menyertai High School Diploma program oleh Kolej PERMATApintar, UKM. Ujian UKM3 terdiri daripada dua bahagian, iaitu ujian berdasarkan kecekapan, di mana pelajar diuji dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik, dan ujian kecenderungan emosi (EQ).[17]

Walaupun pelajar berumur 9 sampai 15 tahun atau Darjah 3 sampai Tingkatan 3 dibenarkan untuk mengambil semua ujian, hanya orang-orang yang berumur 11, 12, 14 dan 15 akan ditawarkan untuk memasuki Kolej PERMATApintar, UKM. Orang-orang yang berumur 11 dan 12 akan memasuki program Junior High Diploma manakala orang yang berumur 14 dan 15 akan memasuki program High School Diploma.

Rujukan

WikiPedia: Pusat PERMATApintar Negara http://web10.bernama.com/education/v2/index.php?si... http://jpnselangor.moe.gov.my/jpns/index.php/hubun... http://www.programpermata.my/bm/pintar/complex http://www.programpermata.my/en/pintar http://www.programpermata.my/en/pintar/about http://www.programpermata.my/en/pintar/camp http://www.ukm.my/permatapintar http://www.ukm.my/permatapintar/a-preamble/ http://www.ukm.my/permatapintar/future-scientists-... http://www.ukm.my/permatapintar/introduction/